Home    »Bahasa Malaysia
   »English
Bajet Percukaian Ekonomi Profil Perkhidmatan Pekeliling Bilik Berita

Perkhidmatan Atas Talian
     Aduan Bayaran Lewat
     ePerolehan
     Carian Pekeliling
     e-Perkhidmatan (LHDN)
     e-Filing (LHDN)
     Pendaftaran Kontraktor
     Pinjaman Perumahan
     Semak Status Mohon Pinjaman
     Semakan Baki Pinjaman
Borang Muat Turun
Bahagian Analisa Cukai
Pinjaman Perumahan
Jabatan Akauntan Negara
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Dokumen & Penerbitan
Ucapan Belanjawan
Surat Arahan Perbendaharaan
Ringkasan Sistem Cukai
Insentif Cukai Menurut Undang-Undang
Insentif Cukai Menurut Sektor
Laporan Ekonomi
Perlembagaan & Akta
Info Perhubungan
    Senarai Emel & Tel
    Pertanyaan
    Pautan
    Soalan Lazim
    Peta Laman
Pengguna Perbendaharaan
Polisi ICT Perbendaharaan
Buletin ICT
GSIS
e-Latihan
Perpustakaan
Forum
 
Cari: Salah Satu Semua
   Laman Utama > Pekeliling > Surat Pekeliling Perbendaharaan
Surat Pekeliling Perbendaharaan
Format Pencetak
 

TAMBAHAN PERTAMA
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL 2 TAHUN 1995



Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian,
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan,
Ketua-Ketua Badan-Badan Berkanun Persekutuan,
Y.B Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri,
Pihak-Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan,
Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kerajaan,


Kementerian Kewangan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan,
Kompleks Kerajaan Blok 9, Jalan Duta,
Karung Berkunci No. 11040,
50990 Kuala Lumpur


TATACARA PENYEDIAAN, PENILAIAN
DAN PENERIMAAN TENDER
_______________________________________


1. TUJUAN

1.1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan-peratuan yang wajib dipatuhi oleh semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun (Agensi) dan Syarikat-syarikat Kerajaan berhubung dengan penguatkuasaan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) 1994 (Akta 520).


2. LATARBELAKANG

2.1. LPIPM telah diwujudkan pada tahun 1994 yang bertujuan untuk memajukan dan menggalakkan pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan negara.

2.2. Selaras dengan Seksyen 25 Akta LPIPM yang mula dikuatkuasakan pada 20 Julai 1995, semua kontraktor yang terlibat dalam perolehan Kerajaan juga dikehendaki berdaftar dengan LPIPM. Sementara Bahagian VIII Akta tersebut juga telah dikuatkuasa untuk LPIPM mengena dan memungut levi daripada semua kontraktor yang berdaftar dengan LPIPM yang mempunyai kontak yang bernilai RM500,000 ke atas dengan kadar 0.25%.


3. PEMATUHAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

3.1. Bagi maksud kenaan levi sebanyak 0.25% bagi kontrak yang bernilai RM500,000 ke atas, agensi yang memanggil tender hendaklah menjelaskan kepada petender di dalam Arahan Kepada Petender akan keperluan untuk mematuhi Peraturan-Peraturan Industri Pembinaan (Pungutan Levi) 1996.

Bagi menjelaskan keperluan tersebut tambahan kepada SPP 2/95 hendaklah dibuat seperti berikut:-

"5.4.4. Dengan kuatkuasanya Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) 1994 (Akta 520), semua agensi Kerajaan dan syarikat Kerajaan hendaklah memasukkan satu klausa dalam 'Arahan Kepada petender' dengan menjelaskan semua tender yang bernilai RM500,000 ke atas akan dikenakan levi sebanyak 0.25% daripada jumlah kontrak kepada LPIPM sebagaimana yang ditetpkan dalam Seksyen 34(2) Akta 520. Kegagalan petender yang berjaya untuk membuat pembayaran akan mengakibatkan denda boleh dikenakan tidak melebihi RM50,000 dan tindakan sewajarnya ke atas pendaftarannya diambil. Pihak kontaktor hendaklah memastikan semua arahan dari LPIPM yang dikeluarkan dipatuhi sepenuhnya."

3.2. Bagi maksud memastikan semua kontraktor yang berdaftar dengan LPIPM sahaja boleh terlibat dalam perolehan Kerajaan, adalah ditetapkan bahawa hanya kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan LPIPM sahaja boleh menyertai tender-tender yang dipanggil oleh Agensi dan syarikat-syarikat Kerajaan.

    3.3.Bagi menjelaskan keperluan di atas, para 6.1.2.4. SPP Bil. 2/95 hendaklah dipinda seperti berikut:-

    "6.1.2.4. syarat-syarat petender yang layak memasuki tender:-

    (i) kelas, kepala dan sub-kepala di dalam Pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor dan mempunyai perakuan pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam gred dan ketegori bagi tender kerja; dan/ata


    (ii) kod bidang-kepala dan sub-kepala di dalam perakuan pendaftaran di Kementerian Kewangan bagi tender bekalan dan/atau perkhidmatan."



    4 KUATKUASA DAN PEMBATALAN

    41. Surat Pekeliling ini berkuatkuass serta merta. Dengan berkuatkuasanya arahan ini perenggan 6.1.2.4. kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1995 adalah dibatalkan.

    Sekian. Terima kasiih.

    " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

    Saya yang menurut perintah,



    ( DATO' DR. ABDUL AZIZ BIN MUHAMAD )
    Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan,
    b.p. Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
    Kementerian Kewangan Malaysia.

    Bertarikh: 28 Februari 1997


    No. Fail : S(K&B)(8.09)735/3/1-348 Jld. 10(26)


    s.k.

    Akauntan Negara Malaysia;
    Ketua Audit Negara Malaysia;
    Semua Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri; dan
    Semua Ketua Bahagian Perbendaharaan Malaysia. 

      
     
        Laman Utama -  Soalan Lazim -  Hubungi Perbendaharaan -  Pertanyaan -  Peta Laman