Home    »Bahasa Malaysia
   »English
Bajet Percukaian Ekonomi Profil Perkhidmatan Pekeliling Bilik Berita

Perkhidmatan Atas Talian
     Aduan Bayaran Lewat
     ePerolehan
     Carian Pekeliling
     e-Perkhidmatan (LHDN)
     e-Filing (LHDN)
     Pendaftaran Kontraktor
     Pinjaman Perumahan
     Semak Status Mohon Pinjaman
     Semakan Baki Pinjaman
Borang Muat Turun
Bahagian Analisa Cukai
Pinjaman Perumahan
Jabatan Akauntan Negara
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Dokumen & Penerbitan
Ucapan Belanjawan
Surat Arahan Perbendaharaan
Ringkasan Sistem Cukai
Insentif Cukai Menurut Undang-Undang
Insentif Cukai Menurut Sektor
Laporan Ekonomi
Perlembagaan & Akta
Info Perhubungan
    Senarai Emel & Tel
    Pertanyaan
    Pautan
    Soalan Lazim
    Peta Laman
Pengguna Perbendaharaan
Polisi ICT Perbendaharaan
Buletin ICT
GSIS
e-Latihan
Perpustakaan
Forum
 
Cari: Salah Satu Semua
   Laman Utama > Pekeliling > Surat Pekeliling Perbendaharaan
Surat Pekeliling Perbendaharaan
Format Pencetak
 
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 1999


SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK OLEH MARA DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

1.
TUJUAN
         
1.1
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua kementerian/jabatan/badan berkanun dan syarikat Kerajaan (agensi Kerajaan) tentang kemudahan Skim Pembiayaan Kontrak oleh MARA dalam perolehan Kerajaan.
         
2.
LATAR BELAKANG
         
2.1
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1995 telah menyediakan garis panduan tentang pembayaran bil melalui kaedah pemfaktoran yang mana merupakan kemudahan pembiayaan kepada kontraktor/pembekal yang mendapat kontrak Kerajaan. Kaedah ini dibenarkan dalam urusan perolehan Kerajaan dengan syarikat-syarikat pemfaktor yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
         
2.2
Selain daripada kaedah pembiayaan di atas, melalui SPP Bil. 5 Tahun 1998 pihak Kerajaan juga bersetuju menerima pakai penggunaan kemudahan skim pembiayaan kontrak oleh MARA dalam semua perolehan Kerajaan meliputi bekalan, perkhidmatan dan kerja. Melalui skim ini, kontraktor yang memperolehi kontrak Kerajaan boleh memohon untuk memperolehi pinjaman sehingga RM250,000.00 daripada MARA.
 
2.3
Memandangkan skim pembiayaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada banyak pihak, MARA telah bersetuju untuk menaikkan had nilai pembiayaan tersebut sehingga RM600,000 dan seterusnya memberi peluang kepada lebih ramai pembekal/kontraktor menikmati kemudahan tersebut.
 
3.
PERATURAN DAN KAEDAH BAYARAN BAGI PEROLEHAN KERAJAAN
         
3.1
Skim pembiayaan oleh MARA adalah merupakan satu kemudahan yang diberikan kepada kontraktor/pembekal. Sehubungan dengan itu Kerajaan membenarkan semua bayaran yang kena dibayar kepada penyerah hak diserahkan kepada MARA tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam Surat Ikatan Serah Hak. Semua pembiayaan melalui skim MARA ini hendaklah menggunakan format Surat Ikatan Serah Hak seperti di Lampiran A dan kebenaran Kerajaan kepada MARA berhubung dengan penyerahhakkan ini adalah seperti di Lampiran B.
 
3.2
Sebelum menandatangani surat persetujuan Kerajaan kepada urusan penyerahhakkan, pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan kontrak berkenaan belum pernah diserahhakkan kepada mana-mana pihak lain.
 
4.
TARIKH KUAT KUASA
 
4.1
Surat Pekeliling Perbendaharaan ini adalah berkuat kuasa pada tarikh ianya dikeluarkan. Walau bagaimanapun mana-mana kontraktor/pembekal yang telah menggunakan skim pembiayaan MARA sebelum berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini adalah dianggap sah dan boleh diterima. Pembayaran boleh dibuat tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
 
4.2
Dengan berkuat kuasa SPP ini, maka SPP Bil. 5 Tahun 1998 dibatalkan.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'


Saya yang menurut perintah,



t.t
( DATUK DR. ARIS BIN OTHMAN )
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
Kementerian Kewangan Malaysia.


Bertarikh : 31 Mei 1999

No. Fail : S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld.5(17)


s.k.

Akauntan Negara Malaysia,
Ketua Audit Negara Malaysia,
Semua Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri.
 
 
 
 
LAMPIRAN A
kepada SPP
Bil. 4/99
 
 
SURAT IKATAN SERAH HAK
 
Surat Ikatan ini diperbuat pada tarikh yang dinyatakan dalam bahagian 1, JADUAL kepada Surat Ikatan ini DI ANTARA MAJLIS AMANAH RAKYAT, suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat, dan beralamat di Ibu Pejabat MARA, Medan MARA, No. 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur [selepas daripada ini disebut "MARA"] sebagai pihak Pertama DAN pihak-pihak yang nama dan butir-butirnya dinyatakan dalam bahagian 2, JADUAL kepada Surat Ikatan ini [kemudian daripada ini disebut "Penyerah Hak"] sebagai pihak kedua.

BAHAWASANYA Penyerah Hak telah ditawarkan kontrak oleh yang nama dan butir-butirnya dinyatakan dalam bahagian 3, JADUAL kepada Surat Ikatan ini [selepas daripada ini disebut "Pemberi Kontrak"] suatu kontrak yang butir-butirnya dinyatakan dalam bahagian 4, JADUAL Surat Ikatan ini [selepas daripada ini disebut "Kontrak Tersebut"] yang bernilai dalam jumlah seperti mana yang dinyatakan dalam bahagian 5, JADUAL kepada Surat Ikatan ini dan nilai sepenuhnya akan dibayar oleh Pemberi Kontrak setelah Kontrak Tersebut dilaksanakan dengan memuaskan.

DAN BAHAWASANYA Penyerah Hak telah memohon kepada MARA pembiayaan di bawah konsep...................................................untuk membolehkan Penyerah Hak melaksanakan Kontrak Tersebut dan MARA telah bersetuju membiayai dalam jumlah yang dinyatakan dalam bahagian 6, JADUAL kepada Surat Ikatan ini berserta keuntungan ke atasnya dikira atas kadar yang ditentukan kemudian daripada ini.
 
 
MAKA SURAT IKATAN INI ADALAH MENYAKSIKAN seperti yang berikut:
 
1.
Sebagai balasan bagi MARA atas budi bicara mutlaknya mendahulukan dalam semasa ke semasa kepada dan/atau bagi pihak Penyerah Hak berbagai-bagai jumlah wang yang pada keseluruhannya tidak melebihi had pembiayaan dalam jumlah yang dinyatakan dalam bahagian 6, JADUAL Surat Ikatan ini dan keuntungan ke atasnya atas kadar yang dinyatakan dalam bahagian 7 JADUAL Surat Ikatan ini dikira mengikut baki harian atau atas kadar atau kadar-kadar lain yang MARA fikirkan patut [selepas daripada ini disebut "Pembiayaan Tersebut"].
 
(a).
Penyerah Hak dengan mutlaknya menyerah hak kepada MARA segala wang, kepentingan dan hak yang sekarang atau selepas ini kena dibayar dan akan dibayar kepada Penyerah Hak oleh Pemberi Kontrak di bawah Kontrak Tersebut tertakluk kepada tanggungan Penyerah Hak terkandung dalam Kontrak Tersebut.
 
(b).
Penyerah Hak dengan ini berwaad dan memberi pengakuan bahawa ia akan menyempurnakan dan melaksanakan semua kewajipan dan tanggungan dan mematuhi segala syarat dan peruntukan terkandung dalam Kontrak Tersebut dan akan melepaskan tanggungan MARA daripada apa-apa kerugian kerosakan atau tuntutan yang dialami oleh MARA disebabkan oleh kemungkinan Penyerah Hak ke atas peruntukan Fasal ini.
 
2.
Jika sekiranya tidak ada wang atau kepentingan yang diterima atau kena diterima oleh MARA di bawah serah hak yang disebut di bawah Fasal 1 di atas, atau wang yang sebenarnya diterima oleh MARA tidak melunaskan Pembiayaan Tersebut, kesemua wang atau baki yang belum bayar hendaklah kena dibayar dengan serta merta.
 
3.
Semua wang yang diterima oleh MARA di bawah Fasal 1 di atas adalah untuk pembayaran balik Pembiayaan Tersebut yang diberi kepada Penyerah Hak dan segala potongan hendaklah dengan cara yang dipersetujui dan ditetapkan oleh MARA.
 
4.
Penyerah Hak seterusnya berwaad bahawa apa-apa resit yang dikeluarkan oleh MARA ke atas apa-apa bayaran yang dibuat oleh Pemberi Kontrak yang disebut sebelum ini adalah penyelesaian yang mencukupi dan sah.
 
5.
Jika sekiranya MARA menerima wang yang berlebihan dari Pembiayaan Tersebut, MARA akan membayar balik apa-apa lebihan kepada Penyerah Hak dengan serta merta atau secepat yang praktik DENGAN SYARAT BAHAWA MARA tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dalam membayar balik.
 
6.
Adalah seterusnya dipersetujui bahawa surat Ikatan ini tidak menjejaskan hak-hak MARA untuk mengambil tindakan undang-undang pada bila-bila masa ke atas Penyerah Hak untuk mendapatkan balik wang Pembiayaan Tersebut atau apa-apa bahagiannya dengan keuntungan ke atasnya.
 
7.
Surat Ikatan ini hendaklah mengikat wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, waris-waris, pemegang serah hak dan pengganti-pengganti kedua-dua pihak.
 
8.
Penyerah Hak dengan ini memberi pengakuan akan membayar balik kepada MARA apabila dituntut semua kos dan perbelanjaan termasuk kos guaman MARA atas asas Peguamcara - Klien dalam mengambil tindakan untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik Pembiayaan Tersebut terhutang oleh Penyerah Hak kepada MARA atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah Surat Ikatan.
 
9.
Duti setem yang kena dibayar berkaitan dengan Surat Ikatan ini bagi Pembiayaan akan ditanggung oleh Penyerah hak.
 
10.
Dalam Perjanjian ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain :
 
(a).
Bulan" bermaksud bulan takwim.
 
(b).
Perkataan yang memberi maksud bilangan tunggal adalah juga termasuk bilangan banyak dan di mana terdapat dua orang atau lebih daripada ungkapan "Penyerah Hak", maka waad-waad yang dinyatakan untuk dibuat oleh Penyerah Hak hendaklah disifatkan sebagai dibuat oleh dan berkuat kuasa ke atas orang-orang yang tersebut secara bersesama dan berasingan.
 
11.
Adalah seterusnya dipersetujui bahawa Jadual kepada Surat Ikatan ini hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini.
 
 
PADA MENYAKSIKAN PERKARA-PERKARA DI ATAS, kedua-dua pihak dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada hari dan tahun yang tertulis di atas.
     
Ditandatangani bagi pihak
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Di hadapan:


Nama:
Cop Rasmi Jawatan:




Ditandatangani oleh Penyerah Hak




Nama:
No. K/P:
Di hadapan:



Nama:
No. K/P:
Cop Rasmi Jawatan:
Alamat:



Ditandatangani oleh Penyerah Hak



Nama:
No. K/P:
Di hadapan:


Nama:
No. K/P:
Cop Rasmi Jawatan:
Alamat:


Ditandatangani oleh Penyerah Hak




Nama:
No. K/P:
Di hadapan:


Nama:
No. K/P:
Cop Rasmi Jawatan:
Alamat:
]
]
]








]
]
















]
]













]
]
 
 
 
Ditandatangani oleh Penyerah Hak ]
]
 
Nama:
No. K/P:
Di hadapan:


Nama:
No. K/P:
Cop Rasmi Jawatan:
Alamat:
 
 
 
JADUAL
(Yang hendaklah dibaca dan ditakrifkan sebagai
bahagian penting Perjanjian ini)
 
No.
Bahagian
Perkara
Keterangan
1
Tarikh Perjanjian  
2
Penyerah Hak : Nama:

No. Kad Pengenalan/
No. Pendaftaran
Syarikat:

Alamat:


Nama:
No. Kad Pengenalan:
Alamat:


Nama:
No. Kad Pengenalan:
Alamat:
3
Pemberi Kontrak : Nama:

Alamat:
4
Butir-butir
Kontrak :
 
5
Nilai Kontrak : Ringgit Malaysia:.....................................

................................................................

................................................................

(RM..........................................................

................................................................)
6
Jumlah Pembiayaan : Ringgit Malaysia:.....................................

.................................................................

.................................................................

(RM..........................................................

................................................................)
7
Kadar Keuntungan : ...........................(...........%)setahun
     
     
     
     
 

Kepada,
Bahawasanya saya/kami

......................................................................................................................................................
       

yang bertandatangan di bawah ini telah

ditawarkan ..................................................................................................................................

......................................................................................................................................................
       
bagi tujuan ..................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
       

Bahawasanya saya/kami telah membuat serah hak kontrak/inden di atas kepada MAJLIS AMANAH RAKYAT beralamat di ..............................................................................

......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

sebagai balasan bagi suatu pembiayaan dan pinjaman berjumlah Ringgit Malaysia:

......................................................................................................................................................
...................................................................... (RM......................................................................)
       
Dengan ini saya/kami memberikan kuasa yang tidak boleh batal kepada tuan untuk membayar kepada Majlis Amanah Rakyat semua wang yang kena dibayar kepada Majlis Amanah Rakyat mengikut syarat di bawah kontrak/inden tersebut dan bayaran-bayaran tersebut adalah dianggap bayaran yang mencukupi dan sah bagi jumlah wang yang wajar saya/kami terima di bawah kontrak/inden tersebut.
       
Bertarikh:.............hb.........................199....
       
       
..............................
(  
       
No. K/P: ..................................
       
       
       
LAMPIRAN B
Kepada SPP
Bil. 4/99
 
 
.............................................................
.............................................................
.............................................................
(Nama dan Alamat Kementerian/Jabatan)
 
 
SURAT PERSETUJUAN KERAJAAN
KEPADA SURAT IKATAN SERAH HAK
KONTRAK NO:................................
 
 
Saya merujuk kepada surat ............................................................................................................................................ bertarikh .......................... mengenai Surat Ikatan Serah Hak daripada Syarikat/Pemborong Induk (Main Contractor) .................................................................................................................................
kepada .......................................................................................................................................
 
2.
Di sini saya menyampaikan persetujuan Kerajaan berkenaan dengan Penyerahhakkan tersebut seperti yang terkandung dalam Surat Ikatan Serah Hak dengan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
       
  (a).
Apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atas Kerajaan melalui Surat Ikatan Serah Hak tidaklah dengan apa jua cara memudaratkan atau menyentuh apa-apa hak Kerajaan atau kuasa Pegawai Penguasa di bawah terma-terma dan syarat-syarat Kontrak No. ................................... untuk ....................... (bekalan/perkhidmatan/kerja) termasuk yang berhubung dengan kontraktor-kontraktor kecil yang dilantik atau pembekal-pembekal yang dilantik.
     
  (b).
Apa-apa pembayaran yang dibuat kepada MARA selepas ditolak pembayaran yang mesti dibayar kepada mana-mana kontraktor kecil atau pembekal-pembekal yang dilantik hendaklah dianggap di sisi undang-undang seolah-olah pembayaran itu dibuat kepada Pemborong Induk/Syarikat ............................... di bawah terma-terma Kontrak Induk No. ..................................
     
  (c).
Apa-apa wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada MARA yang tersebut di atas di bawah perenggan (b) adalah satu penyelesaian yang cukup dan sah bagi tanggungan Kerajaan terhadap pembayaran di bawah kontrak tersebut.
     
  (d).
Kerajaan dengan ini mengesahkan bahawa ia belum memberi notis mengenai apa-apa Penyerahhakkan sebelum ini berhubung dengan kerja-kerja yang dinyatakan dalam Fasal 1 di atas di dalam Kontrak Induk No ........................... dan juga ia tidak pernah memberi persetujuan tentang apa-apa Penyerahhakkan yang lain berhubungan dengan kerja-kerja seperti itu dalam Kontrak Tersebut.
     
Sila akui penerimaan surat ini dan sahkan setuju terima oleh MARA dan kontraktor akan terma-terma tersebut di atas dengan menandatangani salinan surat ini dan kembalikannya kepada saya.
     
Yang benar,
     
..........................................................
..........................................................
..........................................................
Jabatan:...........................................
     
Kami mengakui menerima dan mengesahkan persetujuan kami akan terma-terma yang dikenakan ke atas Surat Ikatan Serah Hak.
     
     
.................................... .......................................
(Pemborong Induk) MARA
 
Kepada:

......................................................
......................................................
......................................................

 

   
 
    Laman Utama -  Soalan Lazim -  Hubungi Perbendaharaan -  Pertanyaan -  Peta Laman