ARKIB - SOALAN LAZIM DIMANA JAWAPAN SUDAH TIDAK RELEVAN
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Sekiranya Perunding adalah wakil S.O. bolehkah beliau memperakukan bayaran dan siapakah yang layak menandatangani perakuan tersebut? Ya. Boleh.Pengarah/Pemilik Syarikat 
2. Siapakah yang diberikuasa untuk meluluskan pengecualian LAD kepada kontraktor Bumiputera? Pegawai Penguasa dengan syarat mematuhi Surat Pekelilng Pebendaharaan 8/95. PENGECUALIAN LAD kepada Kontraktor Bumiputera melalui SPP 8/1995 telah dibatalkan oleh SAP ruj S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld.30 SK.9(3) bertarikh 18 Mac 2011
3. Berapa lama tempoh pengecualian LAD kepada kontraktor Bumiputera boleh diberikan? Mengikut pertimbangan dan budibicara Pegawai Penguasa tertakluk maksima tiga bulan (rujuk Surat Pekeliling Perbendaharaan 8/95). PENGECUALIAN LAD kepada Kontraktor Bumiputera melalui SPP 8/1995 telah dibatalkan oleh SAP ruj S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld.30 SK.9(3) bertarikh 18 Mac 2011
4. Adakah pengecualian LAD diberi secara automatik kepada kontraktor Bumiputera? Tidak. Kontraktor dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Pegawai Penguasa dan pendaftaran kontraktor sebagai Kontraktor Bumiputera masih berkuatkuasa dan Perakuan Muktamad belum dikeluarkan. PENGECUALIAN LAD kepada Kontraktor Bumiputera melalui SPP 8/1995 telah dibatalkan oleh SAP ruj S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld.30 SK.9(3) bertarikh 18 Mac 2011